Aksi Lucu Jacky Chan Yang Mengundang Ratusan Ribu Like Di Facebook (9 gambar)
Bintang film yang satu ini memang cukup dikenal sebagai aktor laga yang kocak dalam setiap aksi film yang dibintanginya, dialah Jacky Chan. Aksi kocak dan original action dalam film yang dibintanginya mempunyai daya tarik tersendiri bagi para penggemar film action. Penggemar dari Jacky Chan sendiri bukan hanya berasal dari negeri asalnya, bahkan mengalahkan aktor kocak Hollywood sekalipun.
Rita Rudaini Bercuti Di Kapalai, Sabah (20 GAMBAR)
Ah~~ Jelesnya melihat Rita Rudaini sekeluarga bercuti di Kapalai, Sabah. Tambah jeles apabila Rita pergi menyelam melihat keindahan lautan ciptaanNya. Confirm seronok tak ingat punya. Lebih-lebih lagi apabila ditemani dua anak lelakinya yang comel sangat.

Akhirnya Zizan Dan Emma Mengaku Bercinta
Jika sebelum ini pelakon Zizan Razak dan Emma Mambong sering menafikan mereka berdua adalah pasangan kekasih, namun hubungan itu tidak selamanya dapat disembunyikan.
Liyana Jasmay Pernah Menangis Bimbang Botak
Masalah Liyana Jasmay Berjaya Diatasi, Terima Kasih Fazura!!!

Liyana Jasmay
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay memberitahun dia pernah menangis gara-gara mempunyai masalah keguguran yang sangat teruk pada tiga tahun lalu. Liyana, 25, berkata, keadaan itu membuatkan dia risau kepalanya mungkin menjadi botak sehingga menjejaskan usaha untuk berumah tangga pada ketika itu.
Foto-Foto Pramugari Cantik

Menteri Bawak Budak Naik Moto Tak Pakai Helmet Jadi Isu

Rasaya kalau di kampung-kampung tu normal la keluar makan angin naik motorsikal tak pakai topi keledar.
Adakalanya polis trafik pun tak tegur pasal benda tu dah jadi macam budaya yang susah nak dikikis.
Namun, bila seorang bertaraf menteri buat camtu, lain pulak la jadinya kan.
Kelakukan yang tak ada siapa nak kisah mula diulas dari pelbagai segi.
“Yang salah tetap salah…”
Itulah antara baris ayat yang muncul selepas sekeping gambar memperlihatkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau bersiar-siar dengan seorang anak kecil tanpa memakai topi keledar muncul.
Entah gambar bila… namun tetap juga dijadikan isu.
Setelah Mr. Bean kini Madonna Mempelajari Al Quran
Wah ternyata banyak artis dunia yang mendapatkan hidayah setelah mempelajari agama Islam dan Al Quran .... Islam itu Indah dan Damai katanya ...
"Saya sudah mulai membuat film dan menurut saya itu hal menantang yang pernah saya lakukan. Saya juga membangun sekolah untuk para perempuan di negara-negara Islam dan mulai belajar Alquran. Saya berpikir, mempelajari semua kitab suci, sangat penting," ujarnya.
SOURCE
Beza betol pandangan Madonna dengan Melayu Islam Wahabbi/JAKIM di Malaysia ...
Mak Afiq Kurang Siuman Kot – Eina Azman
Gila. Ini memang kenyataan gila daripada Eina Azman. Tak sangka perkataan “kurang siuman” akan keluar daripada mulut Eina. Bagi Abang Nara, ini sudah tahap kurang ajar dan tidak beradab langsung. Memang sangat mengecewakan.
Korang bacalah sendiri kata-kata yang dikeluarkan oleh Eina Azman menerusi Sinar Harian ini:-
Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut…sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan. Tapi tak apa, kita teruskan (saman). Kita tengoklah nanti siapa, menang siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah

Malah Eina memberitahu yang Afiq membenarkan dia menyaman ibunya untuk mempertahankan hak. Kata Eina lagi:-
Afiq OK saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab dia (ibu Afiq) sudah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh. Tapi tak apa, kita teruskan (saman). Kita tengoklah nanti siapa, menang siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah. Boleh tanya dengan Afiq, sepanjang masalah ini, siapa yang ada dengan dia? Mak dia ke keluarga dia ke atau Eina dan keluarga Eina? Memang Eina tak ada masalah dengan Afiq. Sehinggalah mak dia mencetuskan kontroversi murahan seperti ini. Pada Eina, ini adalah kontroversi murahan yang meminta simpati
Kepada Eina, tak perlulah untuk anda melabel ibu seseorang sebagai “kurang siuman”. Rasanya Eina ini perlu pergi kelas belajar nak keluarkan kenyataan. Jangan main sedap mulut je. Banyak hati yang perlu dijaga. Kang tak pasal-pasal anda makin dibenci kerana mengeluarkan kenyataan bukan-bukan.
Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut…sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan. Tapi tak apa, kita teruskan (saman). Kita tengoklah nanti siapa, menang siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah

Afiq OK saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab dia (ibu Afiq) sudah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh. Tapi tak apa, kita teruskan (saman). Kita tengoklah nanti siapa, menang siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah. Boleh tanya dengan Afiq, sepanjang masalah ini, siapa yang ada dengan dia? Mak dia ke keluarga dia ke atau Eina dan keluarga Eina? Memang Eina tak ada masalah dengan Afiq. Sehinggalah mak dia mencetuskan kontroversi murahan seperti ini. Pada Eina, ini adalah kontroversi murahan yang meminta simpati
Kepada Eina, tak perlulah untuk anda melabel ibu seseorang sebagai “kurang siuman”. Rasanya Eina ini perlu pergi kelas belajar nak keluarkan kenyataan. Jangan main sedap mulut je. Banyak hati yang perlu dijaga. Kang tak pasal-pasal anda makin dibenci kerana mengeluarkan kenyataan bukan-bukan.
Wanita Yang Terkencing Dalam Seluar
Gambar-gambar ini mungkin boleh dijadikan pelajaran bagi para gadis agar tidak menangguhkan atau menahan keinginan buang air kecil, kerana pertahanan perempuan untuk hal yang satu ini sangat berbeza dengan lelaki. Mungkin kerana "lobangnya" lebih lebar berbanding lelaki sehingga menyebabkan perempuan mudah kencing semasa tidur saat menahan keinginan untuk membuang air kecil.
Tidak tahu apa penyebab para gadis ini sehingga mereka menahan keinginan untuk kencing, dan akhirnya terlencing sebelum mereka melepaskan seluar untuk mengeluarkan di tempat yang semestinya mereka gunakan untuk buang air kecil.
Kalau Ada Jodoh Dengan Sam, Saya Terima
Kalau Ada Jodoh Dengan Sam, Saya Terima | Sebelum ini heboh mengenai gosip cinta di antara pelakon lelaki terkenal, Shaheizy Sam dengan pendatang baru dalam bidang lakonan iaitu Syatilla Melvin.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyatakan hubungan itu adalah berlandaskan rakan artis semata-mata.
Namun, Syatilla memberi kenyataan dalam Harian Metro hari ini, “saya selesa dan senang berkawan dengan Sam. Dia seorang rakan yang baik dan memahami saya seadanya. Pendek kata, dia bukan saja penghibur hati saya ketika sedang bersedih atau tertekan malah begitu mengambil berat.
Kami banyak berkongsi pendapat mengenai kerja,” katanya.
“Saya tak nak fikir lebih-lebih mengenai hala tuju hubungan ini. Kalau ditakdirkan ada jodoh dengan dia, saya terima. Sebenarnya, saya tidak tolak jodoh walau dengan sesiapa pun, cuma kebetulan sekarang orang kaitkan saya dengan Sam, sebab itu timbul spekulasi begini,” katanya.
Apabila ditanya keistimewaan Sam di matanya, Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 22, tidak mampu menolak kenyataan lelaki itu memiliki sikap yang menawan hati.
Katanya, aktor kesayangan ramai itu bukan saja manja dan kelakar sebagai sahabat, malah dia juga lelaki yang begitu mengambil berat dan memahami dirinya.
Sumber
TRAGEDI: KASUT JENAMA CROCS MERBAHAYA

Pemakaian selipar jenama Crocs ternyata merbahaya kepada kanak-kanak. Di The Gardens, Mid Valley City baru-baru ini berlaku satu kemalangan ngeri dimana seorang kanak-kanak tersangkut kaki pada eskalator dan terpaksa dibawa ke hospital.
Kemalangan yang berlaku di hadapan pasaraya Cold Storage The Gardens nyaris menjadi satu tragedi menakutkan apabila kasut/selipar yang dipakai kanak-kanak tersebut tersangkut di tepi eskalator itu.
Tindakan pantas pekerja pengurusan The Gardens untuk menelefon pihak bomba dan ambulans berjaya mengelakkan kemalangan tersebut dari semakin teruk.
Pihak Bomba dan keselamatan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Orang awam yang berada berhampiran turut membantu apabila diminta oleh pihak terbabit.
Kanak-kanak tersebut yang dipercayai mengalami kecederaan teruk pada kaki, segera digegaskan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya menggunakan Ambulans yang sedang menanti di luar The Gardens.
Punca kemalangan dipercayai kasut/selipar Crocs yang dipakai kanak-kanak tersebut, ditarik masuk kedalam eskalator. Sebelum ini, telah berlaku banyak kes yang melibatkan Crocs dan eskalator.
Dipercayai struktur getah lembut pada Crocs, menjadikan ianya mudah ditarik masuk oleh eskalator. Mudah untuk dikatakan, pemakaian Crocs agak bahaya dipakai mereka yang cuai. Diharap jika anda memakai kasut/selipar jenis Crocs, untuk lebih berhati-hati dan sentiasa perhatikan anak-anak kecil agar kemalangan seperti ini tidak berulang lagi.
Separuh kepala hilang

ABDUL Hadi memerlukan perhatian 24 jam.
Parit Buntar: Seorang ibu tunggal hanya mampu menahan linangan air mata berikutan perlu menjaga anak lelakinya yang ‘hilang’ tempurung kepala akibat kemalangan sejak setahun lalu.
Mariam Long, 49, berkata, anaknya Abdul Hadi Abd Halim 19, hanya mampu terbaring dan perlu diberi perhatian sepanjang masa termasuk urusan makan minum di rumah mereka di Kampung Kedai 4, Sungai Kota, Tanjung Piandang, di sini.
Katanya, kemalangan berlaku pada jam 9.45 pagi 5 Disember lalu apabila anaknya yang menunggang motosikal ke Sungai Nyor, Pulau Pinang dirempuh kereta.
“Anak saya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Pulau Pinang selama dua minggu dan terpaksa dibuang tempurung kepalanya akibat kecederaan dalaman di beberapa bahagian dalam kepalanya.
Menurutnya, dia mulanya tidak berani menatap wajah anaknya selepas pembedahan, namun naluri keibuan di dalam dirinya menyebabkannya menguatkan semangat untuk melihat dari dekat.
“Saya kini berkorban masa, tenaga dan wang untuk menguruskannya setiap hari. Sedikit pun saya tidak terasa beban dan menganggapnya ketentuan Ilahi.
“Anak saya perlu perhatian 24 jam kerana hanya terlantar dan tidak mampu melakukan sebarang pergerakan. Segala urusan harian seperti mandi, menukar lampin dan makan perlu dilakukan dengan dibantu seorang lagi anak Muhammad Faiz, 23, yang mengalami masalah kecacatan pendengaran,” katanya.
Dia dan anak lain bergilir-gilir membuang kahak di dalam rongga leher Abdul Hadi yang ditebuk berikutan bimbang menyebabkan anaknya tersedak.
“Bukan itu saja, tangan dan kakinya juga perlu digerakkan supaya tidak menjadi kaku. Kos rawatan bulanan anak termasuk susu khas dianggarkan mencecah sehingga RM1,000 sebulan.
“Mujurlah saya menerima wang pencen arwah suami Abdul Halim Ismail yang pernah bertugas sebagai tentera,” katanya.
Dia juga menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Selagi hidup saya akan terus menjaganya dan berharap dia kembali pulih sepenuhnya,” katanya yang turut memelihara seorang lagi anak orang kurang upaya (OKU), Norhayati Abdul Halim, 16,” katanya.
Menakjubkan! 3 Gambar Van terbang di Cheras - Hanya di Malaysia
Mungkin kerana jalan yang licin menyebabkan van tersebut terbabas dan melanggar divider yang menyebabkan van tersebut terhumban ke arah jalan raya bertentangan. Syukur tiada kemalangan jiwa
Kami muslim tetapi bukan melayu.....!!!

Cadangan mufti Sabah Bungsu @ Aziz Jaafar supaya semua bumiputera Muslim Sabah membuang identiti etnik masing-masing dan dikenali sebagai Melayu, demi perpaduan Islam, 'disambut' dengan cara yang lain.

Kenyataan itu menyinggung perasaan beberapa pihak, yang mahukan perpaduan penduduk Sabah tidak kira apa agamanya.
Sejak hari Selasa, penduduk Sabah memenuhkan kotak e-mel anggota Parlimen Penampang daripada PKR Darell Leiking dengan gambar bagi menghantar mesej kuat kepada mufti itu:
"Kami etnik tersendiri dan kami bangga dengannya."
Di pelbagai tempat, malah sehingga sejauh Paris, orang ramai menghantar gambar masing-masing yang menyatakan etnik masing-masing dalam sekeping gambar.
Antara gambar yang dimuat naik di Facebook Leiking, terdapat keluarga enam anggota dalam baju Melayu dan baju tulis meletakkan tulisan: "Kami Muslim... tapi masih Dusun."
Keluarga yang lain pula menulis: Kami Kadazandusun, Sino, Punjabi, Lundayeh dan Filipina dan kami satu keluarga.
Bungsu: Tingkatkan syiar Islam
Bungsu pada 28 Oktober lepas dilapor menggesa kerajaan menggiatkan penyatuan Islam di Sabah menerusi pemerkasaan rumpun Melayu yang menurutnya terbukti berjaya meningkatkan syiar Islam di kalangan pelbagai suku kaum negeri itu.

Aziz menegaskan perpaduan nasional mudah tercapai memandangkan majoriti rakyat Sabah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi.
"Tidak semua orang Sabah mengaku orang Melayu...untuk melakukan penyatuan Islam, suku kaum seperti Kadazan, Murut dan Dusun perlu 'dimelayukan' sebagai satu rumpun Melayu.
"Jika di Semenanjung Malaysia, orang Melayu terdiri daripada pelbagai suku seperti Jawa, Bugis dan lain-lain semuanya mengaku Melayu," beliau dilapor sebagai berkata dalam ucapan di Simposium Mendepani Agenda Asing Melayu dalam Krisis Kepimpinan, di Putrajaya.
Beliau menambah, sebelum Sabah menyertai Malaysia, hanya 36 peratus sahaja rakyatnya beragama Islam namun angka tersebut meningkat dua kali ganda kepada 65 peratus selepas 50 tahun lalu.
Nora ‘Buka Mulut’ Mengenai Hadiah Kondo RM7 Juta & Ferrari Anak Menteri

Walaupun sebelum ini Nora tidak mendedahkan status hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, namun pembelian kereta serta rumah banglo mewah tiga tingkat tersebut sedikit sebanyak menunjukkan hubungan mereka lebih sekadar teman biasa.
Menghadiri pertandingan ‘Fruitale Star Search’ yang diadakan di Mydin Subang Jaya petang Sabtu, membuka peluang kepada GUA untuk bertemu dengan duta Fruitale itu bagi mendapatkan penjelasaannya mengenai hadiah mewah yang diterimanya.
“Saya agak terkejut dan tidak tahu menahu pun mengenai isu ini. Setahu saya, rumah itu adalah hadiah untuk ibunya dan dia bukan beli untuk saya. Takkanlah dia nak beli hadiah semahal itu untuk saya. Malah, isu kereta Ferrari pun tidak benar kerana saya tidak pakai pun kereta jenama tersebut,” jelas Nora kepada GUA.
“Orang suka buat andaian dan sejujurnya, saya kesian pada dia kerana orang asyik bercakap pasal reputasi jahat dia saja. Jangan kaitkan apa yang dia buat dengan saya kerana memang dia tidak beli hadiah yang dimaksudkan itu untuk saya. Di sini saya ingin tegaskan yang isu ini tidak betul sama sekali dan ia adalah fitnah semata-mata.”
Ketika pertemuan kami, GUA juga sempat bertanyakan kepada Nora mengenai keterbukaan Nedim di laman sosial miliknya yang menunjukkan seolah-olah mereka mempunyai hubungan istimewa. Walaupun Nora sendiri tidak pernah mengiyakan mengenai perkara tersebut, namun kemesraan yang dipamerkan membuktikan yang mereka adalah pasangan kekasih.
“Bagi saya, terpulang pada hak individu dan itu adalah hak dia untuk berbuat demikian. Dia berani untuk bersikap terbuka mengenai hubungan kami namun saya tetap dengan prinsip saya, di mana nak berkahwin baru saya akan umum,” ujar pelakon drama ‘Tentang Dhia’ ini sambil menjawab isu kononnya dia hanya memilih untuk berkawan dengan anak Menteri sahaja.
“Saya berkawan rapat dengan ramai orang dan mereka yang bercakap begitu mungkin tidak kenal rapat dengan saya. Benda lepas banyak mengajar saya dan saya sendiri tidak meletakkan kriteria untuk berkawan dengan sesiapa. Bagi saya, apa yang penting adalah persefahaman dan selagi selesa, saya tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.”
Jika Sampai Hidayah Untuk BERTUDUNG Maka Saya Akan Pakai – Didie Alias

PELAKON dan pelawak, Didie Alias belum bersedia untuk berhijrah walaupun empat anak perempuannya kini sudah pun bertudung.
Bagaimanapun, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, mengambil langkah untuk mengurangkan sedikit imej pelik yang sering ditampilkannya sebelum ini.
“Cita-cita untuk berhijrah itu sudah ada. Cuma, belum sampai masanya lagi. Lagipun, ini bukanlah kuasa kita.
“Insya-ALLAH, jika sudah sampai hidayah untuk saya bertudung, maka saya akan pakai. Tetapi jika dah mula pakai, biarlah ia kekal sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui selepas pra tonton Designer Didie Naik Haji.
Menurutnya, walaupun dia masih lagi mengekalkan imej peliknya itu, anaknya tiada masalah akan keadaan itu.
“Anak-anak tiada masalah. Mereka memahami saya. Tahun ini, anak-anak saya akan mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.
Didie mempunyai lima anak termasuk seorang anak lelaki iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Danie, 15 dan Nur Diana, 14.
Dalam pada itu, Didie akan muncul dalam telemovie Designer Didie Naik Haji yang bakal disiarkan pada 15 Oktober ini, jam 10 malam di TV1.
Telemovie ini adalah lakonan pertama Didie Alias bersama produksi terbitan RTM biarpun sudah lama berada dalam industri seni tanah air.
“Saya teruja kerana dapat bekerjasama dengan pihak RTM buat pertama kalinya walaupun sudah lama bergelar pelakon.
“Sebelum ini, memang ada beberapa tawaran drama tapi terpaksa ditolak kerana bertindih dengan penggambaran lain.
“Namun begitu, saya banyak terlibat sebagai pengacara dengan pihak RTM,” katanya.
Designer Didie Naik Haji mengisahkan mengenai seorang pereka fesyen yang berhasrat untuk mendekatkan diri dengan agama dan ingin menunaikan ibadah Haji namun mendapat tentangan keluarga.
Ia turut dibarisi pelakon popular Amar Asyraf, Chacha Maembong dan Maimunah Ahmad. – Sinar Harian
Pasar Malam Malaysia Di London Tarik 25,000 Pengunjung…Sambal Dan Serbuk Kari LICIN!

Siapa sangka ‘pasar malam’ Malaysia di London boleh mendapat sambutan hangat hingga 25,000 pengunjung!
Itulah hakikatnya bila mat dan minah salleh sanggup bersesak di Trafalgar Square, di sini semata-mata untuk merasai pengalaman rakyat Malaysia dari segi makanan, budaya dan hospitaliti melalui ‘Malaysia Night’ yang telah diadakan buat kali keempat pada 4 Oktober lalu.
Bayangkan betapa terujanya mereka hinggakan perencah sambal dan serbuk kari di beberapa gerai etnik habis dijual selepas acara yang bermula pada tengah hari itu tamat pada jam 10 malam.
Sebanyak 17 gerai Malaysia di United Kingdom mengambil bahagian dalam acara tahunan anjuran Program Dapur Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Luar Negeri (Matrade) itu.
Antaranya Tuk Din Flavours of Malaysia, Pan Chai, The Malaysian Pancake Co, Roti King, Bonda Cafe, Puji-puji dan Makan Cafe.
Selain itu, terdapat juga khemah pihak Tourism Malaysia, Malaysia Airlines (MAS) dan Lotus.
Acara yang dimulakan pada tahun 2010 itu bukan sahaja menjual pelbagai juadah tempatan Malaysia seperti satay, laksa, nasi lemak, apam balik dan teh tarik, malah turut mempromosikan tarian dan karya seni negara kita melalui persembahan dan pameran.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr. Wong Lai Sum, acara seumpama itu nyata meberikan impak besar dalam mempromosikan pelancongan di Malaysia.
“Tahun ini sahaja, 1.3 bilion orang di Amerika Syarikat, United Kongdom, Australia dan New Zealand mengatakan bahawa mereka kini mendapat lebih banyak maklumat mengenai Malaysia dan 24 peratus daripada jumlah ini mahu merasai makanan Malaysia.
“Acara seumpama ini juga turut membantu mereka membezakan makanan Malaysia dengan negara lain seperti Indonesia atau Thailand,” ujarnya.
Ha, lihatlah betapa orang di luar sana menghargai makanan dan budaya kita. Iyalah, kadang-kadang ada orang kita ni malu hendak mengaku makan sambal belacan. Takut dikata kekampungan.
Oleh ELZA
Siti Saleha bercinta dengan jejaka Eropah

FIGURA jelita ini baru-baru ini bercuti di Eropah selama sebulan.
SETELAH hubungan cinta dengan bekas penjaga gol bola sepak Malaysia, Syed Adney Syed Hussein, kisah yang mengaitkan pelakon Siti Saleha Mohd. Baharom, 23, dengan lelaki tidak lagi kedengaran.
Setiap kali bertemu dengan pelakon yang popular menerusi drama bersiri Nora Elena itu dalam mana-mana acara hiburan, dia lebih suka mengunci mulut apabila ditanya tentang lelaki.
Bagaimanapun, dalam sesi fotografi yang diaturkan bersama-sama Kosmo! untuk mempromosikan filem Balada Pencinta kelmarin, Saleha telah mengakui hatinya kini telah ditawan oleh seseorang.
“Ya, saya tidak nafikan kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang dikenali kira-kira tiga bulan lalu. Dia merupakan lelaki yang berasal dari Eropah, tetapi bekerja di Malaysia.
“Detik perkenalan bermula ketika kami sama-sama menghadiri acara makan malam yang dianjurkan oleh seorang rakan,” ujar adik kepada vokalis utama kumpulan Bunkface, Shamsul Anuar atau lebih dikenali sebagai Sam.
Apabila diminta menceritakan dengan lanjut mengenai hubungan yang terjalin itu, Saleha mengambil pendekatan untuk tidak terlalu bercerita kerana hubungan yang terjalin masih lagi terlalu awal.
Memberitahu bahawa ikatan cinta antara dia dan jejaka tersebut mula terjalin selepas sebulan perkenalan, Saleha menyatakan, mereka kini sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
“Kalau boleh saya tidak mahu mendedahkan identiti jejaka berkenaan memandangkan hubungan kami masih awal dan setakat ini saya cukup selesa bersama dengannya,” jelasnya.
Biarpun sudah menemui cinta yang baharu, pelakon berkenaan menjelaskan dia masih lagi belum terfikir ke arah hubungan yang lebih serius memandangkan usianya yang masih lagi muda.
Menurutnya, dengan karier lakonan yang semakin berkembang, dia merasakan bahawa langkah terbaik yang perlu dilakukan adalah memberi sepenuh tumpuan dalam bidang kerjaya yang diceburi.
Sementara itu, ketika ditanya tentang perkembangan terbaharu sekarang ini, Saleha menyatakan dia bakal tampil dengan filem berjudul Balada Pencinta arahan Khir Rahman yang bakal ditayangkan di pawagam pada 24 Oktober ini.
“Dalam filem berkenaan saya membawakan watak bernama Aisah, seorang gadis yang jatuh cinta dengan penyanyi jalanan, Amir yang dilakonkan oleh Johan As'ari.
“Ia kali pertama saya bergandingan dengan Johan dan antara sebab utama saya menerima tawaran berlakon filem ini kerana ia memaparkan kisah cinta yang unik dan berbeza dengan filem-filem cinta lain,” ujarnya yang muncul dalam filem KL Zombie dua bulan lalu.
Bercuti
Selain mendedahkan tentang kisah cinta dan kerjaya lakonannya, pelakon jelita tersebut turut bercerita tentang percutiannya selama sebulan di Eropah baru-baru ini.
Meskipun tujuan utamanya mahu melawat ahli keluarga di sebelah ibunya pada Hari Raya Aidilfitri lalu, kesempatan tersebut digunakan untuk melawat ke beberapa buah negara Eropah lain.
“Selain melawat saudara-mara di England saya berkesempatan berkunjung ke Sepanyol dan Portugal. Tujuan saya ke sana kerana mahu melawat tempat-tempat bersejarah seperti bangunan peninggalan Islam.
“Biasanya kalau kebanyakan orang suka membeli-belah kalau pergi melancong ke Eropah, tetapi saya lebih suka mengunjungi tempat-tempat sedemikian kerana saya memang individu yang minat dengan sejarah,” jelasnya yang merancang untuk bercuti Greece dan Turki.
SumberPemilik Blog Diburu -Syamsul Yusof
Syamsul Yusuf yang dikhabarkan sekarang ini berkurung sepanjang masa di
dalam bilik untuk mengenal pasti pemilik blog yang Upload Filem KL Gangster 2 ke internet.
dalam bilik untuk mengenal pasti pemilik blog yang Upload Filem KL Gangster 2 ke internet.
Berita Tergempar dalam 2 hari lepas Syamsul Yusof telah pun mengesahkan kesemua blog
dan laman web yang menyediakan link download filem KL Gangster 2 untuk diambil tindakan oleh Pihak berkuasa.
Ini pasti memberi kegembiraan kepada SyamsulYusof dan Crew Produksi KL Gangster 2.Ini kerana mereka kerugian berjuta-juta ringgit dengan Filem KL Gangster 2 ini kerana adanya blog dan laman website yang tidak bertanggungjawab.
Berikut adalah status Syamsul Yusof di twitter :-
Subscribe to:
Posts (Atom)









.jpg)














