Pelakon pompuan sering tido rumah boyfren?

clue-clue yang diberi..jeng jeng jeng...

pelakon pompuan berlakon filem hantu = uqasha senrose (paku pontianak)?

boyfrennya pelakon yang dah lama berlakon plus kacak? = pekin ibrahim?

apa mungkinkah>?

Gadis Melayu di pentas Ratu Cantik Muslimah Dunia

Gadis Melayu Ratu Cantik Muslimah Dunia

Raut wajahnya menawan, senyumannya manis dan ditambah dengan gayanya persis seorang model profesional berjaya meletakkan Nurul Husna Zainal Abidin meraih gelaran "World Muslim Woman Netizen 2013" dalam pertandingan Ratu Cantik Muslimah Dunia baru-baru ini.

Ini adalah penyertaan pertama peserta Malaysia dalam pertandingan anjuran bekas hos utama stesen televisyen Indonesia, Eka Shanti yang dipecat kerana keengganannya menanggalkan tudung apabila diarah berbuat demikian ketika bertugas.

Pertandingan tahun ini disifatkan sebagai sebahagian daripada protes terhadap acara Ratu Cantik Dunia yang sepatutnya diadakan di Jakarta namun terpaksa ditukar lokasinya di Bali akibat ditentang keras oleh puak konservatif Islam.
Jadi bagaimana acara tersebut berbeza dengan pertandingan ratu cantik yang lain?

Pada malam peringkat akhir, pembukaan acara itu dimulakan dengan bacaan al-Quran sebelum peserta mula berjalan ke atas pentas dengan memakai gaun malam yang mencerminkan imej muslimah dengan pelbagai gaya hijab.

“Sesetengah peserta berjalan dengan keyakinan tinggi namun ada juga peserta yang dilihat kekok berjalan memakai kasut tinggi dan mengenakan gaun labuh,” lapor Jakarta Post.

Uniknya juara bagi pertandingan tersebut dipilih oleh tetamu kehormat iaitu juri terdiri daripada 100 kanak-kanak anak yatim.
Menceritakan pengalamannya, Nurul berkata, pertandingan itu menekankan betapa Islam itu indah dan semua aktiviti seperti bacaan al-Quran dijalankan berlandaskan syariat Islam.

Selain itu, gadis berusia 21 tahun ini turut berpandangan acara yang baik sebegini boleh diadakan di negara ini.

"Saya rasa sekiranya kerajaan mengadakan acara demikian pasti menerima sambutan mengalakkan kerana ia banyak mengajar mengenai ilmu Islam tanpa meminggirkan gaya fesyen berhijab.

"Ia tidak salah kerana boleh memberi peluang kepada muslimah di luar sana menimba pengalaman baru tambahan pula kerajaan boleh mengambil kesempatan untuk mempromosikan pelancongan negara," kata gadis yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu.

Nurul yang berjaya melayakkan diri sebagai 10 finalis berkata, dia mengetahui mengenai penganjuran acara itu melalui rakannnya.
"Menyertai pertandingan ini benar-benar membantu saya mendalami agama kerana semua aktiviti mengajar saya bagaimana untuk menjadi seorang muslimah dalam mendepani cabaran zaman serba moden," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kira-kira 20 wanita dari enam negara termasuk Indonesia, Brunei dan Iran menyertai perandingan itu bagi merebut gelaran juara dengan pengetahuan dan kemahiran mereka tentang Islam diuji.
Ia diadakan pada 18 September lalu di Jakarta dengan peserta Nigeria Obabiyi Aishah Ajibola, 21, dinobatkan sebagai juara.
Nurul berkata, kemenangan meraih gelaran World Muslim Woman Netizen 2013 adalah pengalaman berharga buat dirinya.

“Terkejut dan bersyukur, ini rezeki dari Allah sebagai wakil negara saya berjaya mengharumkan negara Malaysia ,ia pengalaman paling berharga buat saya," kata pelajar Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM ), Negeri Sembilan itu. – 26 September, 2013.

Sumber : http://asalmasukduit.blogspot.com/

Professor Di Tangkap Basah Dengan Seorang Mahasiswi Di Rumah Urut


Seorang pembantu profesor tertangkap basah sedang bercinta dengan seorang mahasiswi yang berkerja sebagai pekerja seks komersial (PSK) ketika dilakukan serbuan di Taichung, Taiwan. Demikian dipetik sebuah media tempatan, minggu ini.


Professor berusia 54 tahun dan mengajar di sebuah universiti swasta di Taichung tertangkap sebilik dengan mahasiswi yang masih remaja berumur 19 tahun dan menuntut ilmu di universiti lain di bandar yang sama. Polis juga berjaya menangkap seorang pemu berumur 60 tahun di bilik yang lain.

Professor tersebut mengaku memperkanalkan seorang lelaki kepada polis dan memohon kepada polis agar tak melaporkan kejadian ini kepada keluarga dan pihak universiti kerana takut reputasinya akan terjejas.

Sementara, si mahasiswi mengaku dirinya terpaksa menjual diri kerana perlu membayar kos perubatan si ibu yang menderita kanser. mahasiswi Tersebut mengaku mendapatkan bayaran sebanyak 5000 dolar Taiwan atau sekitar Rm 500 setiap 50 minit perkhidmatan seks. Namun, ia hanya mendapatkan Rm250 kerana sebahagian diambil agen pelacuran.

Sementara, pihak universiti mengatakan jika professor mengaku ia pergi ke rumah urut kerana dirinya mengalami sakit badan. "Jika ia benar-benar menggunakan perkhidmatan pelacur maka ia boleh dipecat," kata bahagian human universiti sambil menambah jika si professor sudah bekerja selama 14 tahun di sana dan dikenali mempunyai kemampuan luar biasa....sumber-rumah woles-

Suami menyetan bila bini dikejutkan,tidur semula tak solat !


Kuala Lumpur, 26 Sept : Dia bagaikan suami beriman apabila mengejutkan isteri daripada tidur dan menyuruhnya menunaikan solat Subuh, namun bertukar menjadi suami setan selepas selesai menunaikan rukun Islam kedua itu apabila isterinya tertidur semula sehingga tertinggal solat.


Ini kerana wanita berusia 25 tahun itu bukan saja dihambur kata-kata kesat, tapi turut dipukul dan kepalanya dipijak si suami, biarpun dia berulang kali meminta maaf di atas kesilapannya itu. 

Adegan memilukan itu berlaku di rumah pasangan suami isteri terbabit di Selayang, di sini, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Isnin lalu.

Sumber polis berkata, dalam aduan dibuat mangsa di Balai Polis Selayang, wanita berkenaan memberitahu suaminya yang berusia lewat 30-an, pada mulanya mengejutkannya daripada tidur pada jam 6.30 pagi. 

“Selepas mengejutkan isterinya, si suami mula bersiap-siap untuk ke tempat kerja dan menyangka isterinya sudah bangun tidur serta menunaikan solat.- Harian Metro

p/s tertidur ker sengaja tidur...agaknya dah byk kali buat kot...pepepun jgn la dibelasah...patutnya dibelai-belai lagi...

Ngeri : Gambar Gadis Malam Merdeka Kemalangan Motorsikal

"Kemalangan di Seremban - Pasangan maut di tempat kejadian. Malam merdeka keluar tak pakai baju. Si perempuan cuma tutup badan dengan bendera dan dalam kemalangan tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.


Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka dan semoga segala dosa mereka diampunkan Allah.

- Ustaz Racing -"

Apabila Leuniey Natasha tayang perut, isteri Khairul Fahmi (5 Gambar)


Sejak Leuniey dan Khairul Fahmi umum isterinya mengandung, amat jarang kami lihat Leuniey memuat naik gambar perot-nye. Namun selepas lebih kurang 6 bulan mengandung, Leuniey telah memuat naik gambar terkini perot-nye yang mengandung. Gambar penuh selepas ini.






GEMPAR!! …. Aaron Aziz Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Ski Di Switzerland?

aaronmati2Sebuah laman web yang dikenali dengan nama Global Associated News melaporkan pelakon terkenal Aaron Aziz telah meninggal dunia akibat kemalangan ketika bermain ‘snow board’ di satu kawasan dikenali sebagai Zermatt Ski Resort di Switzerland.

Menurut laman web berkenaan, Aaron diterbangkan menggunakan helokopter untuk mendapat rawatan perubatan tetapi dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat impak kemalangan.
aaron1
Aktor berkenaan dikatakan memakai topi keledar keselamatan dan tidak terbabit dengan dadah atau alkohol ketika kejadian.
Ok…sebelum meneruskan lagi…biar kami beritahu bahawa berita itu adalah PALSU.
Alhamdulillah Aaron Aziz masih sihat dan dipanjangkan umur oleh Allah SWT.
aaron-aziz
Penulis tak tahulah ini apa punya laman web nama Global Associated News ni…etika kewartawanan di tahap 0 peratus.
Selepas mewujudkan keriuhan dan menakutkan orang – di bawah berita itu ada disclaimer yang mengatakan berita ini 100 peratus palsu dan ini adalah laman web hiburan.
aaron-meninggal-2-300x33
Kononnya berita berkenaan ditulis sebagai hiburan semata-mata.
Buat lawak dengan kebenaran nyawa orang semata-mata untuk hiburan.
Aaron mnampaknya enjadi mangsa ‘internet death hoax’.
Sayangnya setakat ini masih ramai yang percaya bahawa Aaron benar-benar telah meninggal dunia dan ia menjadi trending di Twitter.
“Is it true that aaron aziz died?!”
“For real ah Aaron Aziz died?!”
“Is aaron aziz really dead?!”
“Aaron Aziz dead?! Nooooooooo D’:”
Ok… tolong sebarkan bahawa ia tidak benar dan Global Associated News hanya menipu. Aaron Aziz boleh pertimbang untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas laman web itu yang penulis rasa beroperasi di luar negara.
- Mynewwshub.my

Yana Samsudin Tertonjol Sesuatau Dalam Babak Adnan Sempit 3

adnan sempit 3, pelakon, artis, hiburan, gambar artis

Sinopsis Ringkas Adnan Sempit 3

Adnan Sempit 3 mengisahkan kisah kehidupan Adnan (Shaheizy Sam) yang telah berkahwin dengan Nadia (Intan Ladyana) dan Wawa(Yana Samsudin) yang telah berkahwin dengan Bobby(Along Champ).Kalau tengok cerita Adnan Sempit yang sebelum nie hidup Adnan macam sesak sikit kan….tapi dalam Adnan Sempit 3 nie dia dah jadi kaya sebab bapa mertua dia dah bagi tanggungjawab untuk uruskan syarikat.Kehidupan 4 sahabat nie jadi lebih bahagia selepas Wawa dan Nadia disahkan hamil..

Apa yang anda terlepas pandang semasa menonton filem ini? 

Mungkin anda terlepas pandang sesuatu bukan? ini membuktikan yang anda tidak menonton filem ini secara fokus. Selepas tiga kali menonton filem ini, baru admin ternampak sesuatu yang admin terlepas sebelum ini. Setiap filem mesti ada silapnya, tidak semuanya sempurna. Mungkin ada yang terlepas pandang mungkin ada yang tidak.

Admin tidak mempunyai niat untuk mengutuk, mengaibkan atau memalukan pelakon ini.

#Adnan Sempit 3 tidak pernah membosankan walaupun ditonton berulang kali.

adnan sempit 3, pelakon, artis, hiburan, gambar artis

Masih Dara? Pertanyaan Kepada Emma Maembong (VIDEO)


Pertanyaan kepada Emma Maembong....Saksikan videonya...




Akma Abdullah selepas bersalin 2 bulan (3 Gambar)


Akma Abdullah telah selamat melahirkan anak pertama pada 16 Julai 2013.

Ini adalah gambar terkini Akma selepas 2 bulan melahirkan anak pertama. Gambar penuh selepas ini.

Kisah-kisah Khalwat/Bogel Hari Kekasih, Di KL

 
Antara pasangan yang ditangkap khalwat di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam.
Wang RM 15,000 yang ditemui dalam beg milik seorang pemuda.
Penguat kuasa Jawi memeriksa dokumen mereka yang ditahan ketika serbuan di sebuah hotel di Jalan Tiong Nam, semalam.
Wanita hamil lapan bulan antara yang ditahan.

KUALA LUMPUR - “Jangan ambil wang itu, takut hilang. Saya sudah kumpul lama untuk beli rumah,” kata seorang lelaki selepas pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menemui wang RM15,000 ketika pemeriksaan dilakukan di bilik sebuah hotel, di sini, semalam.

Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan bersama pasangannya, seorang remaja berusia 16 tahun antara 10 pasangan yang ditahan sempena pada malam sambutan Hari Kekasih. Ketika disoal penguat kuasa, lelaki dari Kuala Lumpur itu berkali-kali memberitahu wang itu adalah untuk membayar pendahuluan pembelian rumah yang disimpan hasil perniagaan yang diusahakan.

Sementara itu, sepasang pelajar berusia 17 tahun yang cuba menipu pihak berkuasa kononnya mereka adik-beradik, ditahan kerana disyaki berkhalwat, di bilik sebuah hotel. Apabila diberitahu pegawai penguat kuasa bahawa kes mereka akan dimaklumkan kepada ibu bapa mereka, mereka menangis dan minta dilepaskan.

Datuk dicekup dengan janda

Dalam operasi sama juga, seorang ahli perniagaan berpangkat datuk ditahan bersama seorang janda di sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam. Datuk yang berumur 60 tahun berada dalam bilik bersama wanita berusia 29 tahun apabila pihak penguat kuasa mengetuk pintu bilik.

Setelah pintu dibuka selepas diketuk kira-kira 15 minit, datuk itu didapati dalam keadaan separuh bogel, sementara wanita itu berkemban. Janda itu difahamkan memberitahu pihak penguat kuasa bahawa dia susah dan sedar apa yang dilakukan adalah satu kesalahan. Datuk itu pula mengaku tiada pertalian sah dengan wanita berkenaan.

Pihak penguat kuasa juga menahan seorang wanita hamil lapan bulan dan seorang lelaki yang disyaki berkhalwat.

Jumlah tangkapan menurun

Jawi menyifatkan jumlah tangkapan khalwat yang rendah pada malam sambutan Hari Kekasih semalam membuktikan umat Islam di negara mempunyai kesedaran untuk tidak terlibat dalam gejala kemaksiatan. Pegawai Penguat Kuasa Kanan Perhubungan Awam Jawi, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, operasi di lapan hotel murah sekitar Kuala Lumpur dan Tasik Titiwangsa mencatatkan penahanan paling sedikit, iaitu sebanyak 10 pasangan.

“Tangkapan ini adalah melalui operasi pihak kami secara berterusan di kawasan Kuala Lumpur.
“Ini tangkapan paling kecil bilangannya dan ia menunjukkan penurunan daripada tangkapan pada tahun sebelumnya,” katanya di pejabat Jawi, semalam.

Menurutnya, pasangan yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun itu turut menerima tiga surat perintah hadir di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.(SH)

Anak lihat ibu digilis

Anak mangsa cuba ditenangkan oleh pengawal keselamatan.

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita mengambil anaknya pulang dari sekolah tidak kesampaian apabila dia maut digilis sebuah lori simen di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2, semalam.


Dalam kejadian jam 2.15 petang, mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, isteri kepada anggota polis Balai Sentul, dikatakan gagal mengawal motosikalnya setelah bergesel dengan lori itu.

Lebih memilukan kejadian disaksikan anak perempuan mangsa berusia sembilan tahun, lalu menghubungi ayahnya (suami mangsa).

Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu.

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan menahan pemandu untuk siasatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, motosikal gagal dikawal menyebabkan mangsa tercampak bawah lori.

Katanya, mangsa kemudiannya digilis dan maut serta-merta di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.


Lokasi kemalangan menjadi tumpuan orang ramai yang berang dengan pemandu lori.

SENARAI 10 ARTIS LELAKI PALING COMEL DI MALAYSIA

Artis comel dan kacak pastinya menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana. Namun, tahukah anda ranking 10 artis Malaysia yang tercomel di Malaysia?

Check it out!


10. Kefli AF3



9. Erul AF9


8. Rizu Forteen


7.Hairul Azreen


6. Zain Saidin


5. Redza Minhat


4. Izzue Islam


3. Ariz Forteen


2. Zoey Rahman


1. Dafi